Kami belum menyerah kalah – Perak FC

IPOH: P3ny3rang dari Ghana, Nana Poku lega selepas menyumbang hatrik buat Perak FC ketika menentang Penang FC dalam aksi Liga Super di Stadium Perak, Selasa lalu.

Sejak menyertai Bos Gaurus pada pembukaan jendela perpindahan kedua awal Mei lalu, pemain berusia 29 tahun itu mengalami kemarau jaringan sehinggalah perlawanan tersebut.

“Saya gembira kerana akhirnya menemui semula sentuhan jaringan selepas beberapa lama.

“Ia mengembalikan keyakinan serta kemampuan terhadap diri sendiri.

“Kini saya sudah dapat naluri untuk menjaring lebih banyak gol,” katanya.

Dalam perlawanan itu, Poku menyumbang hatrik melalui satu jaringan padang dan dua penalti untuk menjadikan kedudukan 4-3.

Peng FC bagaimanapun menguburkan impian tuan rumah untuk bangkit apabila menang 5-3 ke atas Bos Gaurus.

“Saya gembira berjaya menjaring gol tetapi sedih kami tumpas perlawanan ini. Kedudukan kami belum selamat tetapi kami belum menyerah kalah.

sumber:Utusan

“Peluang kami masih ada. Kami perlu terus berusaha mengutip mata penuh dalam perlawanan akan datang,” katanya.