Namun Menemui Jalan Buntu?

KUALA LUMPUR: Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dijangka menjelaskan tunggakan elaun tugasan pengadil selewat-lewatnya hujung bulan ini.

Dakwa sumber kepada Bernama hari ini, perkembangan menggembirakan itu diterima menerusi kiriman WhatsApp daripada Pegawai Pembangunan Pengadil (PPP) negeri terbabit, sehari selepas isu tunggakan elaun pengadil bagi saingan Piala Malaysia dan Liga M3 2019 serta aksi kelayakan Piala FA 2020, tular Selasa lalu.

“Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tuan PPP…pihak MFL akan menjelaskan elaun tugasan pengadil dalam masa terdekat (sebelum Mei)…Harap maklum,” kata kiriman itu.

Bernama cuba mendapatkan pengesahan daripada MFL dan Unit Pengadil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung perkembangan positif itu, namun menemui jalan bu ntu.

Kedua-dua entiti bola sepak negara itu juga sehingga kini masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung dakwaan tunggakan elaun tugasan pengadil berkenaan.

Selasa lalu, sebuah stesen televisyen tempatan melaporkan timbul beberapa adu an mengenai tunggakan elaun tugasan pengadil di media sos!al sekali gus perkara itu menarik perhatian peminat.

Dalam pada itu, sumber mendak wa isu tunggakan elaun pengadil bukan perkara baharu.

Bernama difahamkan masalah tunggakan elaun tugasan pengadil itu tidak membabitkan saingan peringkat tertinggi iaitu Liga Super.