N. Thanabalan Tidak lagi Bersama Helang Merah ?

Pengendali Perak II, Abu Bakar Fadzim mendedahkan bahawa beliau berminat untuk membawa masuk peny3rang Kedah, N. Thanabalan secara pinjaman bagi membantu jentera ser4ngan pasukan tersebut.

Sedar prinsip utama kewujudan Perak II adalah untuk memfokuskan kepada bakat baharu, Abu Bakar melihat Thanabalan mampu untuk menjadi mentor serta dapat mencurahkan pengalaman yang dimilikinya terutamanya buat pemain muda di jentera ser4ngan.

Thanabalan yang kini berusia 24 tahun mencuri tumpuan pada Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur selepas sering menjadi watak yang membantu skuad negara di saat getir sehingga layak ke perlawanan akhir.

”Kita [Perak II] mungkin akan mendapatkan khidmat pemain secara pinjaman iaitu N. Thanabalan daripada Kedah.”

”Kehadiran beliau pastinya untuk mendapatkan pengalaman, kematangan serta dapat membimbing pemain-pemain muda kita.”

sumber: semaunyabola

”Pada ketika ini kedua-dua pihak telah mendapatkan persetujuan secara lisan. Jika semuanya berjaya diselesaikan, Thanabalan akan bersama pasukan pada 2 Januari ini,” ujar Abu Bakar bercakap kepada wakil Semuanya BOLA di Ipoh.

Dalam pada itu, Abu Bakar Fadzim turut tidak menolak kemungkinan untuk mengisi kuota empat pemain import mengikut kemampuan kewangan Perak II dalam usaha memberikan saingan hebat kepada pasukan lain dalam Liga Premier 2020.