‘mungkir janji’?

KELANA JAYA: Pasukan Liga Malaysia (Liga M) tampak terp4ksa ‘mel0pong’ selepas penantian hampir empat bulan untuk mendapatkan baki agihan hak penyiaran yang dijanjikan Ogos lalu berakhir dengan perkhabaran kurang enak.

Ini kerana Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengesahkan pihaknya tidak dapat melunaskan agihan kali kedua terbabit yang masing-masing berbaki RM1.5 juta buat pasukan Liga Super dan RM500,000 untuk pasukan Liga Perdana susulan kedudukan kewangan kurang baik berpvnca daripada penarikan diri penaja utama, Telekom Malaysia (TM) Mac lalu.

Pengerusi MFL, Datuk Hamidin Mohd Amin menjelaskan perkembangan terbabit sudahpun dijelaskan secara terperinci kepada semua rakan k0ngsi pada Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM), hari ini.

“Antara perkara yang menjadi perhatian rakan kongsi adalah ag!han hak penyiaran, jadi kami ingin memaklumkan bahawa kita tiada lagi hak penyiaran untuk diserahkan kepada pasukan atas sebab kedudukan kewangan kita perlu dipul!hkan.

Sumber : BH

“Namun, mereka sudahpun menerima agihan pertama sebelum ini tetapi untuk tahun hadapan, kita akan umumkan pada awal Januari atau secepat mungkin di mana kita akan berikan berapa jumlah yang kita persetujui secara terus kepada semua pasukan tanpa dua kali pembayaran.

“Apapun, nilainya akan ditentukan selepas semuanya dimuktamadkan oleh lembaga pengarah dan kita akan cuba jelaskan secepat mungkin bagi memberikan keyakinan kepada semua rakan kongsi,” katanya pada sidang media selepas EGM itu.