Mula ‘Buang’ Pemain, Bakal Tamatkan Kontrak Semua Pemain Import Musim 2020.

Kelab g3rgasi Thailand, Buriram United nampaknya sudah mula ‘buang’ pemain selepas pasukan itu menamatkan kontrak 2 pemain import mereka iaitu Andres Tunez dan Jong Jae-Yong beberapa hari yang lalu.

Beberapa buah media bola sepak Thailand mula menyiarkan berita tersebut yang telah menjadi bualan ramai peminat bola sepak negara itu terutamanya penyokong kelab Buriram United yang tertanya-tanya apa sebenarnya perancangan kelab mereka selepas ini.

Jong Jae-Yong, berusia 29 tahun itu mula menyertai Buriram United pada 25 Disember 2019 dan hanya sempat turun beraksi dalam 4 perlawanan liga sebelum saingan Thai League ditunda akibat virus COVID-19.

Beraksi diposisi defensive midfielder, Jong Jae-Yong pernah beraksi dengan beberapa kelab besar K.League seperti Ulsan Hyundai dan Pohang Steelers sebelum memutuskan untuk menerima tawaran dari Buriram United hujung tahun lalu.

Andres Tunez, pemain yang sudah lama bersama kelab itu juga tidak terlepas dari menerima tindakan drastik pihak pengurusan kelab. Mula menyertai Buriram United pada musim 2014, pemain pertahanan berasal dari Venezuela itu telah melakukan 221 penampilan dan menjaringkan 54 gol sepanjang bersama Buriram United.

Diantara kejuaraan yang berjaya dicapai Andres Tunez ketika bersama kelab itu adalah;

  • Juara Thai League: 4 kali
  • Toyota League Cup: 2 kali
  • FA Cup: 2 kali
  • Kor Royal Cup: 2 kali
  • Thailand Champions Cup: 1 kali
  • Mekong Cup: 1 kali
  • Premier Cup: 1 kali

Menurut beberapa sumber lain, kelab Buriram United dikatakan bakal ‘mencuci’ semua pemain import mereka musim ini menjelang saingan liga yang akan dimulakan semula pada bulan September nanti.

sumber: vocketfc

Buriram United dijangka akan mendaftarkan pemain baru untuk mengharungi baki saingan Thai League yang akan tamat pada pertengahan tahun 2021 nanti.