muka baharu untuk memperkuat

Bagi memastikan skuad mantap, kombinasi pemain muda dan berpengalaman sangat diperlukan.

Itulah nampaknya yang dilakukan oleh Petaling Jaya City untuk Liga Super musim 2020. Berjaya mengejutkan ramai dalam musim pertama di Liga Super, mereka pastinya mahu memperbaiki kedudukan mereka musim ini atau sekurang-kurangnya menyamai rekod lepas.

Oleh sebab itu, nampaknya mereka akan terus mengekalkan khidmat peny3rang berpengalaman, Safee Sali untuk musim hadapan.

Safee Sali dalam satu laporan Bernama turut menyatakan bahawa PJ City akan membawa beberapa muka baharu untuk memperkuat pasukan mereka dengan sasara lima pasukan terbaik liga diletakkan.

“Siapa orangnya biarlah rahsia, tapi apa yang dapat saya katakan musim depan kita (PJ City) akan ada nama-nama besar arena bola sepak negara.

“Mereka akan membantu memantapkan lagi pasukan bagi menghadapi saingan pasukan-pasukan besar seperti Kedah, Johor DT dan Pahang.”

Pada musim lalu, Petaling Jaya City menamatkan Liga Super di tempat kelapan dengan mengutip 26 mata daripada 22 perlawanan. Mereka berjaya mengatasi pasukan-pasukan seperti PKNS FC, Felda United, PKNP FC dan Kuala Lumpur untuk kekal di Liga Super musim hadapan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.