Mora Dalam Bah@ya.

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora berada dalam ‘zon bah@ya’ susulan prestasi kurang meyakinkan Harimau Selatan dalam empat perlawanan awal Liga Super musim ini.

Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM Shah Alam, Mohd Sadek Mustafa menjelaskan beliau tidak menolak kemungkinan taktikal JDT yang direncana Mora sudah dapat dikaji pasukan lain.

Justeru, beliau menjelaskan Mora perlu membentuk taktikal baharu untuk kembali memperkuatkan persembahan Harimau Selatan yang memegang reputasi besar selaku juara bertahan Liga Super enam kali berturut-turut.

“Ya, Mora dalam bah@ya. Pemain JDT ketika ini seakan h!lang idea apabila berdepan pasukan yang bermain dengan corak permainan ‘parking bus’ (bertahan). Taktikal Mora juga dilihat bukan sesuatu yang unik sekarang.

“Mora mungkin tiada (dip3cat jika prestasi JDT ketika ini berterusan), sebab pemain perlukan satu set corak persembahan yang baharu untuk membolehkan mereka dapat menguasai permainan dan lawan.

sumber: BH

“Mora kena cari idea dan taktikal baharu. Namun, dia bernasib baik atau terselamat kerana perlawanan Liga M ditangguh,” katanya kepada BH Sukan.

JDT menang tipis dalam tiga aksi awal sebelum ini yang yang terbaharu mereka tercicir mata di gelanggang sendiri selepas terikat 1-1 dengan FELDA United, kelmarin.