‘Modal’ pancing pemain bintang

Lang Merah terima dana tambahan RM3j hadapi musim depan

Kedah bakal tampil lebih mantap dan konsisten apabila mendapat suntikan dana tambahan berjumlah kira-kira RM3 juta, sekali gus membolehkan mereka membuat pembelian pemain berstatus bintang bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Skuad Helang Merah yang berazam mencipta kejayaan lebih gemilang pada musim 2019 antara pasukan terawal membuat pengumuman barisan pemain termasuk awang import, sekali gus menyebabkan l4wan mereka mula tidak senang duduk. Skuad Helang Merah yang berazam mencipta kejayaan lebih gemilang pada musim 2019 antara pasukan terawal membuat pengumuman barisan pemain termasuk awang import, sekali gus menyebabkan lawan mereka mula tidak senang duduk.

Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Asmirul Anuar Aris berkata, peningkatan dana itu bukanlah tiket kepada pasukan untuk boros, namun perlu digunakan sebaik mungkin dalam menguatkan lagi barisan pemain termasuk melaksanakan program pembangunan akar umbi secara konsisten.

Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Asmirul Anuar Aris berkata, peningkatan dana itu bukanlah tiket kepada pasukan untuk boros, namun perlu digunakan sebaik mungkin dalam menguatkan lagi barisan pemain termasuk melaksanakan program pembangunan akar umbi secara konsisten.

Beliau berkata, beberapa kejayaan yang dicipta skuad kendalian Aidil Sharin Sahak musim ini berjaya menarik minat penaja untuk turut membantu memenuhi kantung KFA bagi memastikan matlamat musim Beliau berkata, beberapa kejayaan yang dicipta skuad kendalian Aidil Sharin Sahak musim ini berjaya menarik minat penaja untuk turut membantu memenuhi kantung KFA bagi memastikan matlamat musim 2020 dicapai.

“Pembelian beberapa pemain untuk musim depan dilakukan selepas melihat masalah melanda pasukan terutama membabitkan isu kecederaan, sekali gus menyukarkan jurulatih membariskan kesebelasan utama yang mantap.

“Kami berbelanja mengikut peruntukan dana dan ia ada peningkatan untuk musim depan menyebabkan KFA mengambil beberapa pemain mengikut keperluan posisi,” katanya, ketika dihubungi Arena Metro.

Sementara itu, berhubung penajaan syarikat penerbangan Qatar, Asmirul Anuar berkata, perkara terbabit belum dibincangkan lagi secara serius dan tiada kata putus mengenai penajaan terhadap pasukan Kedah.

sumber: HM

Sementara itu, berhubung penajaan syarikat penerbangan Qatar, Asmirul Anuar berkata, perkara terbabit belum dibincangkan lagi secara serius dan tiada kata putus mengenai penajaan terhadap pasukan Kedah. “Sebenarnya perkara terbabit mula tular di laman sosial dan persatuan tidak pernah menyatakan perkara terbabit kerana ia hanyalah perancangan.

“Namun, jika benar syarikat terbabit mahu menaja ia adalah perkara positif terutama ketika Kedah berusaha memantapkan lagi pasukan untuk musim depan,” katanya.