Misi pemulihan skuad badak – Ong Kim Swee

‘Fokus kepada kelemahan, perbaiki kualiti pemain sedia ada’, itu adalah tugas pertama bakal ketua jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee, yang dalam misi mengembalikan reputasi Sabah khususnya dalam kempen Piala Malaysia akan datang.

Km Swee turut menuntut kesabaran pemain dan memberikan masa kepada dirinya. biarpun memulakan tugas bermula 1 Oktober 2021, secara rasminya era kepimpinan Datuk Ong Kim Swee di Sabah sudah pun bemula.

Bekas pemain dan jurulatih negara itu sudah kenalpasti kelemahan ketara buat skuad Tambadau ketika tewas buat kali ke-11 pada aksi terakhir Liga Super kepada Perak FC tempoh hari.

Tugas getir menanti Kim Swee apabila terpaksa struktur semula skuad yang gagal meraih sebarang kemenangan dalam 10 aksi terakhir, sebelum memulakan kempen Piala Malaysia dengan misi mengembalikan maruah Sabah. Stadium astro