Misi Balas Dendam

SKUAD negara diundi bersama musuh tradisi, Indonesia dalam Kumpulan A saingan Piala Thomas yang akan berlangsung di Aarhus, Denmark bermula 3 hingga 11 Oktober depan.

Selain Indonesia, skuad negara juga diundi bersama Belanda dan England.

Dua tahun lalu di Bangkok, skuad negara gagal melepasi sasaran untuk mara ke separuh akhir selepas tewas 1-3 kepada Indonesia pada aksi suku akhir.

Juara bertahan, China diundi bersama Taiwan, Australia dan Perancis dalam Kumpulan B.

Manakala skuad Piala Uber negara pula diundi bersama Korea Selatan, Indonesia dan Australia dalam Kumpulan B.

Undian dilakukan hari ini di ibu pejabat Persekutuan Badminton Dunia (BWF).