Mintah impikan Kasut Emas saingan Liga Perdana

KUALA TERENGGANU: Gelaran penjaring terbanyak atau pemenang Kasut Emas saingan Liga Perdana bagi musim ini, kini menjadi buruan bintang import Terengganu FC II (TFC II) kelahiran Ghana, Jordan Mintah.

Berbaki satu aksi lagi menentang Kelantan United FC (KUFC) di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, di sini, malam esok, Mintah yang sudah mel3dak 16 gol, kini bersaing rapat dengan p3ny3rang Johor Darul Ta’zim II (JDT II), Fernando Rodriguez yang juga merekodkan jaringan sama.

“Ini tahun kedua saya bersama TFC II. Jadi sudah tentu impian saya begitu tinggi untuk memburu gelaran penjaring terbanyak Liga Perdana musim ini walaupun sedar bakal bersaing hebat dengan penyerang JDT II.

“Namun saya melihat ianya menjadi satu rahmat kerana anugerah ini adalah impian bagi seorang p3ny3rang. Saya sentiasa berdoa untuk itu selain memastikan kejayaan pasukan. Apapun, saya berserah, dan pada masa sama akan berusaha untuk memburu gelaran itu,” katanya.

Berdasarkan rekod, penyerang yang pernah meraih gelaran penjaring terbanyak ketika mewakili Kaya FC – Iloilo dalam Liga Filipina pada 2019 dengan 31 gol, merakam hatrik ketika pasukannya mengatasi UFC 4-1 pada pusingan pertama di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada Mei lalu.

Malah p3ny3rang berusia 26 tahun itu juga sudah meledak empat jaringan dalam aksi Liga Super ketika membantu pasukan Terengganu FC musim ini.

Sementara itu, jurulatih skuad itu, Badrul Afzan Razali mengingatkan anak buahnya agar tidak terlalu yakin sebaliknya beraksi mengikut perancangan walaupun venue pertandingan diubah ke sini, semalam.

“Misi kita sudah pasti untuk meraih tiga mata pada aksi terakhir liga lebih-lebih lagi saingan Piala Cabaran musim ini dibatalkan. Apa yang penting kita menang dan Mintah mampu menjaringkan gol untuk dinobatkan penjaring terbanyak,” katanya.
-Berita Harian