Mesej Misteri & Respon TMJ Di Sebalik Perkongsian Gambar Kereta Sumareh

Selepas Safawi Rasid bergaya dengan jentera mewah Porsche Cayman 987 pada Hari Raya, seorang lagi pemain sayap negara, Mohamadou Sumareh turut berbuat demikian.

Namun demikian, pemain kelahiran Gambia yang beraksi bersama Pahang pada musim ini itu menambilkan jentera dari jenama Mercedes Benz.

Perkongsian terbaru dari Sumareh yang memaparkan dirinya bersama jentera tersebut di Instagram, dipercayai kereta baharunya.

Menurut laporan daripada Berita Harian, jentera berwarna kelabu asap tersebut dipercayai adalah model Mercedes A-Class Hatchback dengan harga permulaan sekitar RM227,888.

Perkongsian tersebut turut menerima respon daripada beberapa pemain lain di dalam pasukan negara, termasuklah oleh bekas rakan sepasukan di Pahang, Matt Davies.

Davies menasihatkan Sumareh agar tidak meniru Safawi. Namun Sumareh berkata Safawi adalah idola kepada beliau.

Namun yang paling menarik perhatian juga adalah mesej yang ditulis oleh Sumareh sendiri:

“If you never go, you will never know.” – “Jika anda tidak pernah pergi, anda juga tidak akan tahu bagaimana.”

Mesej tersebut mungkin membawa pelbagai maksud. Namun respon dari pemilik JDT, DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim berkemungkinan membawa maksud sebaliknya.

Adakah Sumareh akan mengikut jejak langkah Matt Davies untuk menyertai skuad JDT dalam masa terdekat.

Mungkin ada yang sudah lupa bahawa jendela perpindahan kedua dalam kalendar bola sepak biasa Liga Malaysia akan dibuka sekitar Mei atau Jun.

Bagaimanapun tidak boleh dipastikan bilakah jendela perpindahan kedua akan dibuka, atau jika ianya dibuka untuk musim ini setelah saingan Liga Malaysia ditangguhkan akibat penularan wabak pada Mac lalu.

Sehingga kini, belum ada tanda-tanda saingan Liga Malaysia akan dmulakan kembali walaupun pihak Malaysian Football League (MFL) kini sedang merancang agar saingan dapat dimulakan kembali pada September akan datang.

Perpindahan Sumareh bukan kali pertama menjadi spekulasi. Beliau dikaitkan dengan Selangor dan JDT pada awal musim sebelum mengesahkan untuk kekal bersama Pahang semusim lagi.

Adakah mesej tersebut bermakna Sumareh akan menyertai JDT pada masa terdekat?

Mohomadau Sumareh adalah pemain nauralisasi pertama negara dan merupakan antara tunjang skuad Malaysia kendalian Tan Cheng Hoe.

Sejak tampil buat kali pertama bersama pasukan negara men3ntang Sri Lanka pada Oktober 2019, Sumareh telah tampil dalam 19 perlawanan antarabangsa melibatkan pasukan negara, dan menjaringkan 6 gol setakat ini.

Kredit: grandstandkita

Berusia 25 tahun, Sumareh boleh beraksi di mana-mana posisi sayap. Begitu pun Sumareh juga tidak kekok beraksi sebagai seorang False 9 ketika dalam perlawanan menentang Indonesia di pusingan kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 di Stadium Gelora Bung Karno sebelum ini.