Merupakan Satu Pengiktirafan Tertinggi Untuk Luqman

Pemain muda negara, Luqman Hakim Shamsudin mencuri tumpuan peminat bola sepak tempatan sejak semalam apabila disenaraikan dalam 80 calon ‘Golden Boy 2020’ oleh sebuah media terkenal dari Belanda, 433.

Ia dipilih berdasarkan prestasi cemerlangnya dalam saingan AFC B-16 2018 ketika muncul sebagai penjaring terbanyak dan juga kejohanan AFF B-19 serta kelayakan AFC B-19 sehingga menarik perhatian media antarabangsa.

Sudah tentu ia merupakan satu pengiktirafan tertinggi untuk Luqman apabila namanya berada sebaris dengan bintang muda terkemuka dunia seperti Erling Haaland (Borussia Dortmund), Ansu Fati (Barcelona), Takefusa Kubo (RCD Mallorca) hingga Phil Foden (Manchester City).

Kejayaan Luqman itu turut menarik perhatian warganet dari Indonesia di laman media sosial apabila mereka cuba membanding-bandingkan dengan bintang muda negara itu, Amiruddin Bagus Kahfi.

Namun, Bagus sempat membalas satu komen peminatnya dengan memuji Luqman dan mengakui bekas pelatih Akademi Mokhtar Dahari (AMD) itu memang layak dicalonkan antara pemain muda terbaik dunia.

“Dia memang lebih bagus dari saya mas, dia layak menang,” balas peny3rang Skuad Indonesia B-19 itu kepada salah seorang warganet menerusi laman twitter rasminya.

Komen daripada Bagus kahfi tersebut turut mendapat sokongan semangat daripada warganet Indonesia yang lain. Ada juga memuji sikap rendah hati beliau dan mendoakan kejayaannya di masa yang akan datang.

“Mantap, tetap rendah diri, semangat cah bagus. Tetap fokus sepak bola, jangan pikirkan federasi dan persoalan pelatih Indonesia,” tulis warganet itu.

“Kamu juga keren kok,” sahut warganet yang lain.

“Semangat boy, alon-alon (pelan-pelan) tapi pasti,” tambah seorang lagi komen warganet.

Anugerah Golden Boy 2020 ni akan diundi oleh laman berita dan stesen TV ternama dari seluruh Eropah pada bulan Oktober ini untuk memilih senarai 20 calon akhir.

sumber: vocketfc

Namun ada juga undian oleh peminat bermula sekarang sebagai rujukan panelist untuk menilai pemain dengan undian tertinggi. Pemain dengan undian tertinggi juga akan hadir di majlis anugerah itu nanti untuk menerima title ‘Web Golden Boy’.

Jadi ayuhlah kita!
Undi Luqman sekarang di sini 👉🏻  Tuttosport