“Mereka Patut Rasa Dan Terima.”

“MEREKA patut rasa dan terima erti kek4lahan di peringkat sekarang (Sukan Sea) supaya tidak menjadi kebiasaan kalah di peringkat senior.”

Itu reaksi bekas peny3rang kebangsaan, Safee Sali mengenai kegagalan skuad bola sepak bawah 22 tahun (B-22) negara pada Sukan Sea Filipina.

Menurutnya, pelbagai al4san dikaitkan kegagalan skuad negara termasuk peningkatan prestasi pasukan lain dan tempoh persiapan terhad, namun tanggungjawab mesti diambil bagi memperbaiki kelemahan.

“Pendapat saya pemain diturunkan sudah cuba sehabis baik. Mungkin selepas ini ada b3dah s!asat untuk persiapan supaya benda ini tidak akan berlaku selepas ini.

“Memang pelbagai alasan boleh diberikan. Faktanya persiapan skuad negara hanya dua minggu dan sukar bentuk persefahaman jitu antara pemain muda dan senior,” katanya.

Mengenai pemain berbakat termasuk Hadi Fayyadh Abdul Razak yang beraksi bersama kelab Fagiano Okayama di Jepun dan Luqman Hakim Shamsuddin yang tidak meny3rlah seperti disasarkan, Safee berkata, mereka memerlukan masa untuk membentuk kem4tangan.

“Ini semua proses. Tidak semestinya apa yang kita ada (pemain), kita dapat tuai hasil. Ia mengambil masa,” katanya.

Pemerhati bola sepak negara, Datuk Richard Scully berpendapat, ketua jurulatih Datuk Ong Kim Swee tidak sewajarnya dipersalahkan 100 peratus atas keg4galan itu manakala bekas pengendali Harimau Muda A, Azraai Khor Abdullah menyatakan formsi 3-5-2 digunakan Kim Swee perlu dihormati.