Menjadi Tanda Tanya

PAHANG masih lagi berteka-teki sama ada Dickson Nwakaeme atau `Orang Besi’ sah bersama skuad Tok Gajah bagi mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Biarpun kelibat pemain Nigeria itu dilihat bersama pemain skuad bimbingan Dollah Salleh pada sesi latihan di Taman Gelora, Kuantan semalam, ia masih menjadi tanda tanya.

Menurut sumber, pemain berumur 34 tahun itu sudah tiba di Kuantan, Sabtu lalu dan mula menjalani latihan dalam meningkatkan tahap kecergasan.

“Namun, setakat ini, perbincangan masih lagi diadakan oleh kedua-dua pihak sama ada Nwakaeme kembali menjadi nadi utama skuad Tok Gajah musim ini.

“Jika diikutkan Pahang begitu mengharapkan sentuhan berb!sa Nwakaeme kerana dia mempunyai aura yang tersendiri terutama peminat Tok Gajah amat menyukainya,” kata sumber itu.

Musim lalu, Nwakaeme membuktikan dia peny3rang berb!sa selepas mel3dak 19 gol bersama Pahang, termasuk sembilan gol dalam saingan Piala Malaysia.

Sebelum ini, Nwaekaeme berkata, Pahang adalah kampung keduanya kerana pernah mencipta kejayaan manis terutama menjulang Piala Malaysia, Piala FA dan Piala Sumbangsih pada 2014.

Sekiranya Nwakaeme bersetuju, peny3rang import itu bakal bergandingan dengan pemain Brazil, Ivan Carlos di bahagian serangan.

Setakat ini, skuad Tok Gajah sudah menandatangani tiga import iaitu Carlos, Harold Goulon dari Perancis dan Adam Reed (Filipina).