Menjadi Anc@man Terbesar Buat Skuad Bimbingan Benjamin Mora

Johor Darul Ta’zim (JDT) mendapat pengajaran yang cukup berguna pada aksi sulung saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL 2020) selepas tunduk 1-5 di tangan Vissel Kobe di Misaki Park Stadium.

Tuan rumah yang diperkuatkan dengan kehadiran pemain berprofil tinggi seperti Andres Iniesta dan Thomas Vermaelen dilihat lebih menguasai permainan dan menghadirkan bahaya ke kubu JDT.

Iniesta nyata menjadi anc@man terbesar buat skuad bimbingan Benjamin Mora apabila hantaran-hantaran yang cukup berkualiti dimilikinya sentiasa menjadi anc@man kepada JDT dan beliau berjaya mencatatkan dua bantuan jaringan pada perlawanan ini.

Ia terbukti pada minit ke-13 selepas hantaran jauh kira-kira 30 meter daripada pemain berusia 35 tahun itu terus memerangkap pert@hanan JDT sekaligus memberikan peluang buat Keijiro Ogawa untuk melakukan percubaan lambung yang menewaskan Farizal Marlias.

JDT yang berusaha keras untuk mem3cah jentera pertahanan Vissel Kobe mendapat peluang terbaik bagi menyamakan kedudukan selepas hantaran Diogo Luis Santo terkena tangan Vermaelen dalam kawasan penalti.

Safawi Rasid yang mengambil sepakan tersebut tidak melepaskan peluang terhidang untuk kembali menyamakan kedudukan pada minit ke-27 walaupun penjaga gol Vissel Kobe, Iikura Hiroki dapat membaca sepakan pemain kelahiran Terengganu itu.

Kegembiraan itu bagaimanapun hanya bertahan seminit setelah Kyogo Furuhashi yang tidak dikawal susulan S. Kunanlan yang tergel!ncir dalam kawasan penalti sendiri, dengan tenang melakukan percubaan untuk sekali lagi meletakkan Vissel Kobe di hadapan.

Dominasi berterusan anak buah Thorsten Fink semakin jelas kelihatan pada babak kedua apabila mereka menambah tiga lagi jaringan.

Gol ketiga tuan rumah terhasil selepas gerakan cantik dari sebelah kanan pintu gol oleh Gotoku Sakai gagal dibendung pertahanan JDT dan beliau kemudiannya melakukan ‘cutback’ buat Ogawa yang tidak berdepan masalah menyumbat jaringan kedua peribadinya pada minit ke-58. Gerakan jaringan itu juga turut dimulakan dengan cantik oleh Iniesta.

Berselang tujuh minit kemudian, Dyanfres Douglas mengukuhkan kedudukan selepas menyudahkan peluang ketika hanya berhadapan dengan Farizal Marlias hasil umpanan jauh dari kawasan sendiri dilakukan rakan sepasukannya.

Keijiro Ogawa berjaya melengkapkan hatrik pada minit ke-72 apabila dengan mudah menanduk masuk bola berpunca daripada hantaran lintang yang ‘sesedap rasa’ daripada Iniesta untuk perlawanan berkesudahan dengan 5-1 memihak wakil Jepun tersebut.