Dua Pemain Ini Menjadi Anc@man Besar Buat Kedah

DUA pemain utama atau ‘key player’ skuad FC Seoul iaitu Park Chu-young dan pemain import Ikromjon Alibaev bakal menjadi anc@man besar buat pertahanan Kedah apabila turun beraksi dalam saingan playoff Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Seoul World Cup malam esok.

Pada sidang media Pra-Perlawanan Play-Off ACL berkenaan, Ketua Jurulatih Kedah Aidil Sharin Sahak berkata rekod pencapaian pihak lawan di peringkat ACL serta dua pemain ‘berb!sa’ yang dimiliki skuad dari Korea Selatan ini harus diberi perhatian.

“Perlawanan ini akan menjadi sedikit berlainan dengan perlawanan kami yang lepas ketika menentang Tai Po FC minggu lalu, kerana kita tahu FC Seoul merupakan pasukan yang kuat dengan rekod pencapaian yang besar.” “Pasukan lawan juga memiliki pemain yang hebat terutama pemain import berjersi nombor 9 dan juga pemain tempatan berjersi nombor 10 iaitu Park Chu-young yang kerap beraksi di sebelah kiri pasukan berkenaan antara pemain utama atau ‘key players’ yang menjadi anc@man dan perlu diawasi.” katanya.

Aidil turut berkata di sebalik segala cabaran beraksi di tempat lawan, beliau mengharapkan satu aksi yang terbaik dapat dipamerkan oleh pemainnya pada aksi esok.

“Pemain saya akan memberi aksi yang terbaik mereka dalam perlawanan ini dan kami akan berusaha mendapatkan keputusan yang terbaik untuk menaikkan nama pasukan.

Sementara itu, ketua pasukan Kedah, Baddrol Bakhtiar turut mengakui cabaran sengit yang bakal dilalui skuad Lang Merah untuk berdepan tuan rumah FC Seoul yang disifatnya satu pasukan hebat untuk ditentangi.

“Kami hadir ke Seoul untuk memberi cabaran yang terbaik dan kami juga ingin mendapat satu pengalaman yang luas untuk dibawa pulang ke Malaysia apabila beraksi di Liga Super pada tahun ini.” katanya.