mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Diogo Luis

Naib juara saingan Thai League 1, Buriram United telah memulakan persiapan bagi menghadapi cabaran musim 2020 nanti apabila menandatangani tiga pemain import baharu bagi memperkukuhkan pasukan.

Perkara ini disahkan sendiri oleh kelab tersebut menerusi satu pengumuman di laman media sosial rasmi pasukan dimana Buriram berjaya mendapatkan khidmat dua peny3rang dari Amerika Selatan, Ricardo Bueno dan Bernardo Cuesta serta pemain tengah Korea Selatan, Jung Jae-yong.

Ramai pihak terutamanya peminat Buriram United mengharapkan kehadiran Bueno dan Cuesta dapat mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Diogo Luis Santo yang berhijrah menyertai Johor Darul Ta’zim pada awal musim ini. Manakala Jae-yong diharap dapat mengukuhkan lagi bahagian tengah pasukan yang dibimbing oleh Bozidar Bandovic itu.

Pada saingan musim 2019, Buriram menamatkan saingan tanpa memenangi sebarang trofi dimana mereka menduduki tangga kedua dalam saingan Thai League 1 di belakang Chiangrai United selain terlepas peluang untuk memenangi Piala FA dan Piala Liga.