Menggesa Rakan Sepasukannya Untuk Melupakan – Bad

Ketua pasukan Kedah, Baddrol Bakhtiar menggesa rakan sepasukannya untuk melupakan kemenangan mereka ke atas Tai Po FC dan memberikan fokus penuh kepada perlawanan mereka yang seterusnya.

Skuad Lang Merah akan beraksi dalam perlawanan kelayakan Liga Juara-Juara Asia (ACL) menentang kelab Korea Selatan, FC Seoul bagi merebut tempat ke peringkat kumpulan pada 28 Januari nanti di Stadium Piala Dunia Seoul.

“Kemenangan besar (ke atas Taipo) akan menjadi motivasi buat kami sebelum perlawanan berdepan FC Seoul. Tapi, sudah sampai masanya untuk kami melupakan kemenangan itu dan fokus kepada pihak lawan kami yang seterusnya.

“Berdasarkan apa yang sudah saya lihat setakat ini, FC Seoul mempunyai kualiti dan kita tau betapa kuatnya pasukan Liga Korea. Ramai pemain mereka pernah beraksi di Malaysia, dan kita sudah melihat kualiti mereka,” kata Baddrol seperti dilaporkan The Star. 

Pada hari Selasa lalu, Kedah menumpaskan Tai Po FC 5-1 di Stadium Darul Aman dengan Kipre Tchetche serta Hadin Azman masing-masing mencvri tumpuan. Kini, mereka akan berdepan misi berat dan kesemua pemain Kedah sudah tentu mahu beraksi di peringkat tertinggi bolasepak kelab Asia.

Satu perkara yang pastinya akan menjadikan tugas Kedah lebih sukar adalah beraksi dalam cuaca sejuk, tetapi Bad enggan menggunakan itu sebagai alasan.

“Pasukan mereka sangat teratut. Satu perkara yang kita akan jangka adalah Seoul akan menguasai bola, jadi kami sebagai satu pasukan perlu lebih ketat dalam permainan kami.

“Cuaca juga akan menjadi salah satu faktor, jadi kami perlu cepat menyesuaikan diri. Musim ini, kami mempunyai ramai pemain berkualiti, jadi kami akan sentiasa bersedia, termasuk saya sendiri.”