Mengejutkan Ramai Pihak

Skuad Melaka bimbingan Zainal Abidin Hassan telah mempamerkan prestasi yang mungkin mengejutkan ramai pihak walaupun ketika ini saingan CIMB Liga Super Malaysia 2020 baru menamatkan 2 perlawanan.

Melaka dan JDT adalah 2 pasukan yang setakat ini berjaya membawa pulang 6 mata penuh selepas 2 perlawanan dan skuad yang diketuai oleh Safiq Rahim itu ketika ini mengungguli takhta liga apabila memiliki perbezaan gol yang lebih baik berbanding pasukan JDT.

Melaka berjaya menewaskan pasukan UiTM FC pada perlawanan pertama dengan keputusan 2-0 di Stadium UiTM, Shah Alam manakala pada perlawanan kedua mereka berjaya menumpaskan pasukan PDRM 3-1 ditempat sendiri, menjadikan Melaka memiliki 4 perbezaan gol.

Mungkin 2 pertembungan dengan pasukan UiTM FC dan PDRM tidak menggambarkan cabaran sebenar dalam aksi CIMB Liga Super 2020, tetapi 2 kemenangan ini bakal dijadikan modal besar motivasi serta momentum anak buah Zainal Abidin Hassan untuk sekurang-kurangnya mengharungi pertemuan dengan

“Pertama, saya ucapkan tahniah kepada pemain-pemain kerana telah mengutip mata ditempat sendiri, itu yang amat penting sekali. Selain itu, prestasi serta sistem permainan (yang dipamerkan) lebih kemas daripada perlawanan pertama.”

“Cuma agak malang sedikit, peluang-peluang yang akita cipta serta pergerakan yang menarik kita tidak sudahkan, sehingga sampai satu masa kita tertekan.

“Jadi, disini saya ingin memberitahu mereka supaya terus memajukan (mempertingkatkan) serta memperkemaskan lagi prestasi mereka dan amat penting sekali adalah gol. Jika kita dapat ambil peluang yang kita ada dengan baik, saya rasa pasukan ini boleh menunjukkan mutu yang lebih baik.”\

SUMBER: VOCKETFC

Zainal Abidin Hassan ketika menjawab soalan berkaitan perlawanan seterusnya bertemu Felda United dalam sidang media sejurus tamat perlawanan memberitahu bahawa beliau akan membiasakan pemain berlatih dipadang sintetik sebelum berkunjung ke Stadium Tun Abdul Razak, Jengka.

“Bermain menentang Felda United, kita perlu lebih berdisiplin dan tidak boleh cuai seperti hari ini (bertemu PDRM) sehingga dibolosi (pihak lawan).

Beliau juga turut memuji persembahan Afiq (Wan Amirul Afiq Wan Ab Rahman)

“Saya memang bangga tengok afiq main hari ni, dan ini tahun kedua dia bersama Deevan (Deevan Raj Siva Balan) serta dia mendapat kombinasi yang baik. Kita boleh nampak keserasian dia dan tahu menahu diantara satu sama lain. Jadi afiq telah menunjukkan prestasi yang baik dan saya harap dia dapat teruskan.”