Mendedahkan Perubahan Format Kepada Piala FA Dan Piala Malaysia Musim Ini

Ketua Pegawai Operasi MFL, Mohd Shazli Shaik Mohd mendedahkan perubahan format kepada Piala FA dan Piala Malaysia musim ini dilihat lebih realistik berbanding membatalkannya.

The Star melaporkan, bermula pusingan suku akhir Piala FA, kemungkinan hanya satu perlawanan akan diadakan berbanding dua.

Malah, Piala Malaysia juga kemungkinan akan ditukarkan kepada saingan kalah mati.

“Batalkan Piala Malaysia dan Piala FA bukan penyelesaian terbaik untuk jadual yang padat,” katanya The Star.

“Kita ada tanggungjawab dengan penaja dan kesannya besar jika kita membatalkannya.

“Dengan sedikit penambahbaikan kepada jadual, musim ini boleh dihabiskan pada hujung tahun ini.

“Kita boleh tukar format kedua-dua pertandingan tersebut. Satu lagi cara adalah beraksi semasa cuti umum dan cuti umum negeri, sebab sebelum ini kita tidak beraksi pada hari tersebut.

“Tapi semuanya bergantung kepada tindakan kerajaan yang seterusnya dan kita masih menunggu lembaga pengarah MFL untuk membuat keputusan.”