menamatkan penantian panjang selama 10 tahun

Vietnam mengesahkan tiket ke final acara bolasepak Sukan Sea 2019 setelah memb3l@sah Kemboja 4-0 di peringkat separuh akhir pada Sabtu, sekaligus men@matkan penant!an panjang selama 10 tahun untuk bergelar finalis.

Kali terakhir mereka melangkah ke final adalah pada edisi 2009 di Laos, ketika itu mara dengan men3waskan Singapura di separuh akhir tetapi sekadar berpuas hati dengan pingat perak setelah kecvndang kepada Malaysia.

Dalam aksi di Stadium Memorial Rizal, Vietnam tampil dengan dominasi penuh dan terlalu unggul untuk disaingi Kemboja.

Empat gol mereka terhasil menerusi Nguyen Tien Linh dan hatrik jaringan Ha Duc Chinh.

Ia adalah kemenangan kelima mereka sepanjang kejohanan dan satu-satunya pasukan belum tewas, dan sekiranya kekal dengan aksi cemerlang ini skuad Park Han Seo ini berpeluang cerah untuk menoktahkan pula penantian panjang selama 60 tahun untuk memenangi ibu segala pingat emas.

Menanti mereka di finap adalah pada 10 Disember ini adalah Indonesia, lawan yang ditewaskan 2-1 menerusi jaringan minit akhir Nguyen Hoang Duc ketika pertembungan di peringkat kumpulan sebelum ini.

Indonesia mara selepas meny!ngkirkan Myanmar dengan keputusan 4-2 dalam satu lagi aksi separuh akhir.

Myanmar bangk!t daripada ketinggalan 0-2 untuk mengikat kedudukan 2-2 dan mengheret perlawanan ke masa tambahan, namun jaringan Osvaldo Haay dan Evan Dimas Darmono mengesahkan kemenangan buat Indonesia.

Kali terakhir Indonesia layak ke final adalah pada edisi 2013, manakala kali terakhir bergelar juara adalah pada 1991.