menamatkan khidmat ketua jurulatih skuad kebangsaan

Persatuan Bolasepak Emiriah Arab Bersatu (UAE FA) mengambil keputusan mem3cat ketua jurulatihnya, Bert Van Marwijk selepas h!lang s4bar dengan prestasi yang ditampilkan oleh jurulatih tersebut.

Perkara tersebut telah diumumkan secara rasmi menerusi laman sesawang pasukan bola sepak yang berp3ngkalan di timur tengah itu selepas g4gal melayakkan diri ke saingan separuh akhir Gulf Cup 2019.

“Ahli lembaga pengarah UAE FA membuat keputusan untuk menamatkan khidmat ketua jurulatih skuad kebangsaan, Bert Van Marwijk dan mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada beliau dan pasukan kejurulatihannya dalam tempoh meng3mudi skuad kebangsaan.”

“Ketua jurulatih baharu akan diumumkan dalam tempoh beberapa hari kelak.” tulis kenyataan rasmi UAE FA.

Selain menampilkan prestasi yang kurang member4ngs4ngkan di kejohanan Gulf Cup, pengendali berusia 67 tahun ini turut berd3pan mas4lah dalam saingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Sekitar bulan mac tahun lalu, jurulatih kelahiran Belanda ini dilantik sebagai ketua jurulatih UAE dengan misi untuk membawa pasukan The Whites ke saingan Piala Dunia 2022 yang akan berlangsung di Qatar serta mara secara automatik ke kejohanan Piala Asia 2023.

Namun, perkara tersebut tampak su kar untuk direal!sasikan oleh Bert Van Marwijk setelah hanya mencatatkan dua kemenangan ketika men3ntang Malaysia dan Indonesia dan t3was kepada Thailand dan Vietnam dalam saingan peringkat Kumpulan G.

Dua kemenangan tersebut hanya memberikan UAE kutipan 6 mata daripada 4 perlawanan dan meletakkan UAE di tangga ke-4, berbeza 5 mata dengan negara pendahulu, Vietnam yang mempunyai 11 mata.

Perlawanan seterusnya buat pasukan UAE dalam saingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 adalah bertemu penghuni di tangga ke-2 Kumpulan G, Malaysia di Dubai pada mac tahun depan.