memberi jaminan masalah itu tidak akan berlarutan

Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) mengakui kegagalan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) melunaskan baki kedua hak penyiaran menjadi punca isu tunggakan bayaran kepada 12 bekas pemainnya.

Setiausaha Eksekutif PBSNT, Syahrizan Mohd Zain, begitupun memberi jaminan masalah itu tidak akan berl4rutan dan akan membayar tunggakan berkenaan.

Menurutnya, tunggakan tersebut bukan isu gaji sebaliknya sejumlah bentuk bayaran yang dipersetujui di luar kontrak pemain yang sudah dibayar sehingga 75 peratus.

PBSNT sebelumnya berhasrat menyelesaikan baki tunggakan pada November lalu sebaik menerima bayaran hak penyiaran daripada MFL.

“Malangnya MFL mengumumkan tidak akan meneruskan bayaran kedua hak penyiaran selepas menerangkan kedudukan kewangan mereka.

“Kami tidak jangka keadaan begitu serius sehingga MFL tidak dapat melunaskan (hak penyiaran), sekali gus menyulitkan perancangan PBSNT.

“12 bekas pemain itu sudah dimaklumkan dan kami minta sedikit masa untuk mencari penyelesaian.

“PBSNT memberi jaminan tunggakan bayaran itu akan dibayar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

sumber: SA

Sebelum ini tul4r di media sosial dakwaan beberapa bekas pemain yang memuat naik hantaran meny!ndir pihak pengurusan Terengganu FC (TFC).

Tindakan itu disifatkan Syahrizan telah menj4tuhkan imej TFC sedangkan komunikasi dua hala sentiasa ada dan PBSNT tidak akan lari daripada tanggungjawabnya.

“PBSNT tiada masalah gaji kerana dibayar konsisten sehingga bulan terakhir tahun 2019.

“Mereka tidak sepatutnya menggunakan media sosial untuk memburukkan nama pasukan TFC kepada awam,” tambah Syahrizan.