Membanggakan Rakyat Johor Dan Peminat Pasukan JDT

Nampaknya JDT sudah bersedia untuk memperkenalkan stadium baharu iaitu Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri pada 22 Februari ini.

Stadium yang dinamakan bersempena bapa kepada TMJ, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar akan menggantikan Stadium Tan Sri Hassan Yunos bermula musim ini.

Stadium tersebut juga akan merasmikan pembukaan musim 2020 dengan Piala Sumbangsih iaitu perlawanan antara juara Liga Super, JDT dengan juara Piala FA, Kedah.

Stadium yang memerlukan kos pembinaan sebanyak RM200 juta mampu menampung seramai 40,000 penonton dalam satu-satu perlawanan.

PERASMIAN STADIUM SULTAN IBRAHIM – 22 FEBRUARI 2020Acara yang ditunggu-tunggu iaitu pembukaan rasmi Stadium Sultan…

Posted by JOHOR Southern Tigers on Wednesday, February 5, 2020

Ini merupakan stadium pertama yang dimiliki sepenuhnya oleh sebuah pasukan bolasepak di Malaysia.

Komen – Komen Peminat JDT