melepaskan 18 pemain

Melaka United pada hari ini mengumumkan telah melepaskan 18 pemain daripada skuad 2019.

Selain beberapa nama yang sememangnya sudah dijangka akan digvgurkan antaranya trio import Davy Angan, Luka Milunovic dan Dominik Balic manakala Patrick Reichelt pula telah diketahui lebih awal tidak akan disambung kontrak, antara pemain lain yang dilepaskan termasuklah ketua pasukan veteran Shukor Adan, Nazrin Nawi, Muhammad Gopi Rizki (R.Gopinathan), Nurshamil Abd Ghani, Raimi Mohd Nor dan Oscar Wong.

Shukor yang kini lebih banyak terlibat sebagai pengulas bolasepak bersama Astro Arena, akan berusia 41 tahun pada tahun depan dan sama ada bekas pemain kebangsaan ini akan terus beraksi atau menoktahkan karier masih menjadi tanda tanya.

Kelibat Gopi dan Nazrin pula seharusnya masih boleh menarik minat pasukan Liga Malaysia lain justeru pasukan manakah yang bakal meny4mbar khidmat dua pemain sayap lincah ini musim depan.

Sebagai rekod, skuad Melaka United 2020 sudah hampir lengkap dengan pasukan itu sudahpun mengumumkan 25 pemain setakat ini termasuk Syamim Yahya, Nurridzuan Abu Hassan, Romel Morales, Curran Ferns selain mengekalkan khidmat pemain tonggak seperti Khairul Fahmi Che Mat, Safiq Rahim dan Razman Roslan.