Melaka United Tandatangani Seorang Lagi Pemain Import!!

Melaka United akan menandatangani seorang lagi pemain import sebelum pasukan itu berangkat ke Bandung bagi menjalani perlawanan pra musim sebagai persediaan untuk menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2020.

Presiden Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA), Damian Yeo mengesahkan ketika ini pihaknya sedang mengadakan perbincangan dengan dua pemain iaitu Amido Balde dan bekas peny3rang Everton, Victor Anichebe.

“Tidak kira apa yang terjadi, sebelum kita ke Bandung, pasukan MU sudah bersedia (lengkap), tidak kira apa pun.

“Di sana kita akan berdepan dengan tiga pasukan, antaranya Persib Bandung.

“Namun sebelum bergerak ke sana, ada dua lagi perlawanan persahabatan bersama UiTM FC dan Negeri Sembilan yang telah dijadualkan untuk menguji keser4gaman pasukan, terutamanya di bahagian tengah dan ser4ngan,” katanya menurut laporan Melaka Kini.

Sebelum ini seorang pemain import, Deshorn Brown telah mencapai kata sepakat untuk beraksi bersama pasukan tersebut namun pada akhirnya lebih memilih untuk beraksi dalam saingan Liga India.

Perkara ini membuatkan MUSA mencari seorang lagi pemain bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Brown.

Bagi saingan musim 2020, Melaka hanya menggunakan khidmat empat pemain import iaitu Jang Suk-won, Romel Morales dan Uche Agba.