Melaka United (MU) Tunjuk Taring

KEMENANGAN besar 5-0 ke atas Negeri Sembilan pada aksi persahabatan di Stadium Tuanku Abd Rahman Paroi malam tadi memberi imp@k bernas buat Melaka United (MU) menghadapi Liga Malaysia musim ini.

Penolong Pengurus Melaka, Syahrul Nizam Shamsuddin berkata, persembahan permainan dilihat amat member@nsangkan berbanding pertemuan berdepan UKM FC di Stadium Hang Jebat minggu lalu.

Katanya, kombinasi membabitkan bekas kapten skuad kebangsaan Safiq Rahim dan Romel Morales di barisan tengah dilihat amat positif untuk terus mengemudi pasukan terbabit musim ini.

Menurutnya, lebih melegakan gandingan serangan membabitkan Sony Norde dan Uche Agba menampakkan kemajuan.

“Bagaimanapun, kemenangan terbabit bukan ukuran kekuatan pasukan berikutan ianya masih terlalu awal untuk menilai keupayaan sebenar.”

“Malah masih banyak yang perlu dilakukan untuk memperkasa skuad kali ini sebelum aksi sebenar Februari depan,”katanya.

Dalam perlawanan berkenaan Norde berjaya mencipta hatrik menerusi jaringannya pada minit kelima ,55 dan 66, sementara Agba mel3dak dua gol pada minit ke-11 dan 23 perlawanan.

Dua pemain terbabit bakal menjadi taruhan utama skuad Hijau Putih mengeggar saingan Liga Malaysia musim ini.