Melaka beri laluan mudah untuk Perak ke Liga Perdana

Melaka: Melaka United (MU) bangkit menewaskan Perak FC 2-1 selepas ketinggalan pada babak pertama pada aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput, hari ini.

Selepas c3mas melihat aksi Perak, gol penting menerusi Manuel Ott dan Sony Norde membolehkan Melaka kekal di Liga Super dan layak ke Piala Malaysia musim ini.

Jelas berazam untuk meraih kemenangan, tuan rumah nyata lebih banyak menguasai perlawanan bagi memastikan tidak mengalami kehampaan di laman sendiri.

Namun mereka gagal mengambil kesempatan menjaringkan gol awal pada minit ke-10 menerusi percubaan Mohd Fakrullah Rosli sementara tolakan susulan menerusi Giovane Gomes tinggi melepasi palang gol.

Diikuti sepakan percuma menarik menerusi Sony Norde pada minit ke-18 namun sekadar menggegar palang gol pelawat sementara selebihnya usaha mereka sehingga 45 minit pertama gagal membuahkan hasil.

Perak yang gagal melakukan percubaan awal berjaya mengejutkan tuan rumah selepas menjaringkan gol pembukaan perlawanan menerusi sepakan penalti pada minit ke-30 yang dihadiahkan kapten pasukan Sergio Aguero.

Skuad Hang Tuah yang berterusan mencuba habis habisan akhirnya berjaya mel3dak gol penyamaan menerusi Ott pada minit ke-67 yang melakukan percubaan menarik hasil gerakan solo menewaskan penjaga gol Nasrullah Aziz.

Situasi tekanan tinggi dilakukan anak buah jurulatih Zainal Abidin Hassan selepas jaringan terbabit memperlihatkan barisan pemain muda skuad Seladang terus gugup menahan asakan Melaka yang berterusan.

Hasilnya Melaka berjaya menambah jaringan kedua mereka pada minit ke-79 menerusi Sony Norde untuk kekal di Liga Super 2021.

Sumber:HM

Kekalahan Perak pula menyaksikan mereka bakal beraksi di Liga Perdana musim depan walaupun berusaha gigih untuk mengejutkan tuan rumah.