MatYo Mendedahkan Rasa Kecewanya

Peny3rang BG Pathum United, Norshahrul Idlan Talaha mendedahkan rasa kecewanya apabila tidak mendapat sebarang maklum balas daripada ejennya, Pengarah Urusan Offside Sports, Abdul Halim Abdul Shukor, meskipun sudah beberapa kali cuba menghubunginya.

Pemain berusia 33 tahun itu berkata beliau amat memerlukan nasihat ejennya terutamanya apabila berada di negara asing ketika wa bak C0VID-19.

Abdul Halim merupakan individu yang bertanggungjawab membantu Norshahrul berkelana ke Liga Thailand untuk menyertai BG Pathum United pada Januari lalu.

“Sudah banyak kali saya cuba menghubungi beliau (Abdul Halim) tetapi panggilan dan mesej yang dihantar langsung tidak berbalas,” katanya kepada Sukan Sinar.

“Saya tidak tahu kenapa. Tapi beberapa hari lepas saya ada terbaca laporan media yang mana beliau telah memberikan komen terhadap isu mengapa ramai pemain Singapura menjadi pilihan kebanyakan kelab Liga Malaysia bagi kuota pemain import ASEAN.

“Jadi saya harap, jika beliau terbaca berita ini, tolong hubungi saya kerana beliau yang bertanggungjawab membawa saya ke Thailand tetapi apabila saya berdepan masalah ketika ini, beliau menghilangkan diri.”

Dalam pada itu, Norshahrul memberitahu beliau masih menjalani latihan bersama kelabnya di Bangkok, memandangkan Liga Thailand turut ditunda sama seperti Liga Malaysia.

sumber: football

“Sama seperti di Malaysia, pemain di sini juga diminta berbincang untuk pemotongan gaji.

“Jadi dalam hal-hal berkaitan ini juga saya memerlukan nasihat dan bantuan daripada ejen saya itu kerana saya keseorangan di sini sebagai pemain luar.”

Bagaimanapun, Norshahrul sedikit lega apabila ditemani isteri dan anak-anaknya di Bangkok.