Mat Yo Meminta Semua Pihak Tidak Membuat Sebarang Andaian Negatif

KUALA LUMPUR: Peny3rang Harimau Malaya, Norshahrul Idlan Talaha menegaskan dia tidak mengejar gaji lumayan apabila membuat keputusan berhijrah ke Liga 1 Thailand musim ini.

Sebaliknya, pemain berusia 33 tahun itu menjelaskan faktor mahu mencari pengalaman menjadi punca utama dia menyertai Bangkok Glass Pathum United FC (BG Pathum United).

Justeru, Norshahrul atau Mat Yo meminta semua pihak tidak membuat sebarang andaian negatif termasuk dirinya mengejar gaji lumayan di negara jiran.

“Kepada rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian. Saya di sini (Thailand) bukan kerana gaji yang besar atau lumayan. Saya mencari pengalaman. Kalau nak gaji besar (lebih) baik saya duduk dan bermain di Malaysia.

“Anda fikir saya senang di sini? Saya ada tanggungjawab besar dan berat perlu dipikul. Tolong bagi saya ruang, saya tak minta disokong atau dikeji, dihina mahupun sebaliknya. Berhentikan!.

“Saya perlukan ruang untuk saya mencari rezeki. Doa baik-baik, cakap baik-baik. Insya-Allah semua kebaikan akan berlaku.

“Kerjasama kalian amat saya hargai. Hanya Allah dapat membalas kebaikan anda semua,” kata Mat Yo di laman Instagram miliknya, hari ini.

sumber: BH

Mat Yo tampil buat kali pertama dalam aksi liga utama Thailand bersama BG Pathum United selepas dia diletakkan dalam kesebelasan utama ketika berdepan Muangthong United, Sabtu lalu.

Pada perlawanan yang berkesudahan BG Pathum United menang 2-1, Mat Yo beraksi separuh daripada permainan selepas dia digantikan dengan Peerapong Pichitchotirat pada babak kedua.