Mat Yo Kini Berdepan Masalah Besar

Peny3rang skuad kebangsaan, Norshahrul Idlan Talah atau Mat Yo kini berdepan masalah besar apabila sebuah syarikat agensi pemain dari Thailand, Pro24 Sports Management telah mengambil t!ndakan undang-undang terhadap pemain itu kerana melanggar kontrak.

Menurut laporan daripada New Straits Times, Mat Yo tidak boleh pulang ke Malaysia selagi kesnya bersama ejen tersebut belum selesai.

Pro24 Sports turut mengarahkan polis Thailand tidak membenarkan Mat Yo meninggalkan sempadan negara itu dalam apa jua keadaan.

“Kami tidak mahu berkomunikasi dengannya kerana beliau tidak boleh dipercayai. Kami hanya mahu bekerja dengan orang yang jujur.

“Kami sudahpun saman pemain itu dan tidak menyangka beliau akan menjadi seperti ini kerana dia merupakan pemain yang terkenal serta dihormati ramai.

“Kami akan buat apa sahaja untuk mengajarnya tentang erti Professional dan kejujuran,” katanya dalam satu kenyataan.

Media tempatan sebelum ini melaporkan mengenai kerisauan Mat Yo yang menghadapi kesukaran apabila gagal menghubungi ejennya, Abdul Halim Abdul Shukor yang juga merupakan Pengarah Urusan Offside Sports.

Mat Yo yang kali pertama beraksi di luar negara amat memerlukan bantuan ejennya itu untuk menyelesaikan beberapa perkara seperti situasi semasa wabak pandemik COVID-19 termasuk isu pemotongan gaji bersama kelabnya, BG Pathum United.

sumber: vocketfc

Namun, Abdul Halim melalui kenyataan balasnya menjelaskan beliau bukannya menghilangkan diri sebaliknya enggan memberi komen mengenai kes yang belum selesai di antara dirinya, ejen Thailand iaitu Pro24, BG Pathum United dan Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT).

Bagaimanapun, melalui laporan di Sinar Harian kelmarin, Mat Yo mendakwa ejennya itu sebenarnya berb0hong dan cuba mengalihkan isu sebenar kenapa gagal dihubungi sehingga kini.