masih menjadi tanda tanya

KUANTAN: Skuad Pahang masih tercari-cari awang import untuk digandingkan dengan barisan pemain tempatan bagi membawa cabaran pasukan pada saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Usaha memburu pemain terbabit kini giat dilakukan dengan sesi ujian kini sedang dilakukan sebelum keputusan muktamat dibuat sebelum saingan liga bermula bulan depan.

Kini terdapat dua pemain import yang beraksi diposisi tengah dan ser@ngan sedang mengikuti sesi ujian bersama pasukan Tok Gajah kendalian ketua jurulatih Dollah Salleh bersama penolongnya Ahmad Yusof.

Walaupun memiliki beberapa kelebihan dari segi saiz badan dan kepantasan namun difahamkan ia masih tidak lagi dapat memenuhi minat pengurusan Persatuan Bolasepak Pahang (PBNP) untuk membariskan mereka sebagai pemain import untuk skuad Tok Gajah musim ini.

Tempoh masa yang berbaki akan digunakan pengurusan pasukan Pahang untuk mencari dan menilai kelibat awang import yang terbaik dapat diputuskan sebelum kontrak dapat disediakan.

 Menurut sumber, Tok Gajah memerlukan sekurang-kurangnya dua pemain import bagi mengisi posisi tengah dan ser4ngan bagi mengisi tempat ditinggalkan Safuwan Baharudin (Singapura), Saddir Ramdani (Indonesia), Lazarus Kaimbi (Namibia) yang kontrak mereka tidak disambung.

Tok Gajah kini hanya sah memiliki Herold Goulon pemain pertahanan dengan ketinggian 1.95 meter kelahiran

Perancis.Sementara itu kelibat orang besi kelahiran Nigeria Dickson Nwakaeme masih menjadi tanda tanya.

PBNP turut tidak berminat melanjutkan kontrak beberapa pemain utama musim lalu seperti Norshahrul Idlan Talaha, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria dan Zubir Azmi.

Sandaran pada pemain tempatan antaranya Mohd Muslim Ahmad, Muhamad Nor Azam Abdul Azih, Faisal Halim dan Faisal Rosli dibantu Mohamadou Sumareh serta Matthew Davies.