Maruah Selangor terselamat di minit akhir

Jaringan minit akhir permainan oleh pemain gantian Nik Muhammad Sharif Haseefy Mohd Lazim menyelamat maruah Selangor FC untuk melakar kemenangan 2-1 menewaskan Kuching City FC pada aksi Kumpulan B saingan Piala Malaysia di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam tadi.

Kemenangan itu memastikan skuad kendalian Karsten Neitzel mara ke suku akhir selepas mengumpul 10 mata tatkala berbaki dua perlawanan iaitu men3ntang Terengganu FC pada Ahad ini dan Perak FC pada 10 November depan.

Bermain di stadium tanpa kehadiran penyokong, juara 33 kali itu terlebih dahulu membuka jaringan pada minit ke-18 hasil jaringan Danial Asri menerusi tandukan menewaskan penjaga gol, Wan Muhammad Azraie Wan Teh.

Gerakan yang dihasilkan menerusi ser@ngan di sayap kiri menyaksikan Alexander Ameyaw mudah melepasi kawalan pertahanan sebelum membuat hantaran lambung yang mudah disempurnakan Danial.

Pada minit ke-25, skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim dinafikan peluang penalti setelah Michael Ijezie dilihat dijatuhkan dalam kotak penalti setelah terdapat sentuhan Sharul Nazeem Zulpakar.

Danial hampir menambah jaringan pada minit ke-27 namun percubaannya yang menewaskan penjaga gawang berjaya diselamatkan pemain pertahanan bagi mengelak gol dibolosi.

Peluang gol pasukan bimbingan Irfan Bakti Abu Salim hadir menerusi percubaan Joseph Kalang Tie namun rembatannya tepat ke dakapan penjaga gol.

Kuching City mendatangkan resah buat juara musim 2015 itu apabila Ijezie menyamakan kedudukan pada minit ke-67 ketika pasukan pelawat membuat pertukaran pemain.

Tersentak dengan jaringan itu, Neitzel membawa masuk pemain utama di bangku simpanan untuk mencari peluang untuk memburu gol kemenangan namun The Cats bertahan dengan baik bagi mempertahankan kedudukan.

sumber:- HM

Pada akhir permainan, gawang Kuching City akhirnya bolos selepas rembatan Nik Sharif Haseefy Mohd Lazim terbias pemain pertahanan Ramesh Lau Ban Huat.