mampu memberi anc@man

KEDAH tidak akan memandang mudah cabaran PDRM FA dalam aksi Liga Super di Stadium Kuala Lumpur, Cheras, Sabtu ini.

Menurut ketua jurulatih Lang Merah, Aidil Sharin Sahak, skuadnya tidak akan sesekali memandang ringan pihak lawan walaupun ‘The Cops’ berkedudukan di dasar Liga.

“Secara jujurnya, kami bakal berdepan perlawanan yang tidak mudah dan sama sekali tidak pandang ringan cabaran PDRM.

“Kami harus lebih berwaspada dalam mengatur gerakan mencari gol kerana PDRM juga dilihat ‘kebal’ apabila hanya tewas dan dibolosi satu gol sahaja sewaktu menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) pada Mac lalu.

“Saya percaya mana-mana pasukan yang menentang Kedah akan tampil dengan semangat tinggi lebih 100 peratus dan ini bakal memberi anc@man hebat buat kami jika tidak benar-benar bersedia,” katanya.

Menurut Aidil, peny3rang licik PDRM, Antonio German mampu memberi anc@man ke kubu pertahanan Kedah, tambahan pula PDRM akan lebih berkeyakinan apabila beraksi di laman sendiri nanti.

“Kami harus tingkatkan komitmen kami dan turun dengan lebih bersedia bagi mengekang ser@ngan PDRM, terutama peny3rangnya, Antonio German yang mampu membolosi benteng pada bila-bila masa jika barisan pertahanan kami tidak berhati-hati.

“Selain itu, PDRM juga dilihat mampu melakukan kejutan melalui percubaan bola mati atau ‘set piece’ dan ini satu lagi anc@man yang perlu kami tangani”.

Kedah kini menduduki tangga ke-8 dengan mengumpul empat mata selepas empat perlawanan dengan satu kemenangan, dua kekalahan dan satu seri.