Malaysia Terpaksa Berputih Mata

TIADA perlawanan persahabatan buat skuad Malaysia menjelang kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, Oktober depan, susulan penularan wab@k Cov!d-19 di seluruh dunia.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Stuart Ramalingan berkata walaupun ketua jurulatih kebangsaan Tan Cheng Hoe telah menyenaraikan beberapa aksi persahabatan, namun pelbagai aspek perlu diambil kira badan induk termasuk sekatan perjalanan yang dilaksanakan untuk membendung jangkitan wabak itu.

“Kami merancang untuk mengadakan beberapa perlawanan pemanas badan, tapi belum dipastikan lagi buat masa ini susulan wab@k Cov!d-19 di seluruh dunia. Kebanyakan negara mengadakan sekatan perjalanan yang menyukarkan kami untuk mengadakan sebarang perlawanan persahabatan.

“Setiap negara mempunyai peraturan tertentu dan mempunyai tahap pelaksanaan yang berbeza-beza bagi mengawal jangkitan Covid-19, dan sudah pastinya kami akan mengadakan perlawanan pemanas badan untuk skuad kebangsaan sebaik keadaan pulih, ” katanya kepada Bernama.

Berdasarkan jadual terkini yang dikeluarkan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) baru-baru ini, Malaysia akan berdepan Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Dubai pada 8 Oktober, Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 13 Oktober sebelum melengkapkan jadual perlawanan menentang Thailand di Bangkok pada 17 November.

Sebelum ini, AFC dan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) memutuskan untuk menangguhkan perlawanan kelayakan Asia kempen Piala Dunia Qatar 2022 semasa jendela antarabangsa pada 23-31 Mac dan 1-9 Jun kerana w@bak Cov!d-19.