Malaysia Jumpa Pasukan Berstatus Bintang

Sebuah tabloid terkenal dari United Kingdom, Mirror UK dalam satu artikel yang disiarkan pada 12 Ogos 2020 telah mendedahkan satu perkara yang jika menjadi kenyataan bakal membuatkan ramai peminat bola sepak Malaysia terkejVt.

Artikel itu yang menceritakan berkenaan dengan peranan pemain Jepun, Takumi Minamino yang dijangka akan bertambah selepas ramai pemain-pemain akan beraksi dalam kejohanan Piala Negara Afrika pada awal musim baru nanti.

Dalam perenggan dipenghujung artikel tersebut, ada menyatakan bahawa pasukan Jepun sedang merancang untuk mengadakan perlawnan persahabatan dengan pasukan Malaysia dan juga Lebanon pada bulan hadapan dan Takumi Minamino disahkan tidak diperlukan dalam kejohanan pusingan kelayakan Piala Dunia nanti.

“Ketika ini, Minamino telah diberitahu bahawa walaupun Jepun memiliki perancangan untuk mengadakan perlawnan persahabatan berdepan Malaysia dan Lebanon – masih belum disahkan, pada bulan hadapan, dia (Minamino) tidak diperlukan untuk mana-mana perlawnan kelayakan Piala Dunia pada bulan Oktober dan November.”

Selepas itu, FIFA melalui AFC telah mengesahkan pada hari Rabu bahawa semua perlawnan pusingan kelayakan akan ditunda ke tahun 2021.

VOCKETFC telah mendapatkan maklum balas mengenai perkara tersebut dari individu dalam skuad kebangsaan dan beliau menyatakan sehingga kini FAM masih belum menerima apa-apa berita dari pihak JFA berkait perlawnan itu.

Mungkin perlawnan itu masih lagi dalam perancangan JFA, tetapi jika benar bermakna prestasi skuad kebangsaan Malaysia kini telah berjaya mencvri perhatian pasukan Jepun dan ia sesuatu yang boleh dikatakan luar biasa.