Mak Dan Ayah Sudah Tahu Mengenai Perkara Ini

KUALA LUMPUR: Penyrang muda sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin menganggap pencalonannya dalam anugerah Golden Boy 2020 sebagai pemangkin semangat sebelum menyertai kelab Belgium, KV Kortrijk.

Malah, pemain kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu menyifatkan ia antara pengiktirafan besar dalam kerjayanya apabila sebelum ini turut tersenarai dalam 60 pemain muda terbaik dunia oleh portal antarabangsa, The Guardian.

Sudah pasti ia menjadi sunt!kan semangat dan mungkin orang sana (KV Kortrijk) pun sudah tahu. Saya rasa lebih bersemangat, bukan untuk bangga diri atau besar kepala, tetapi ia menjadikan saya lebih bersemangat.

“Ini antara pengiktirafan yang paling besar sekali sebab membarisi semua pemain (muda) yang bagus dalam arena bola sepak (antarabangsa),” katanya kepada BH Sukan, semalam.

Semalam, BH Online melaporkan Luqman sudah mula dikenali di Eropah selepas dicalonkan dalam 80 bintang muda bagi anugerah Golden Boy 2020 oleh portal media Belanda, 433.

Penyrang berusia 18 tahun itu tersenarai bersama beberapa pemain dari kelab besar termasuk Erling Braut Haland (Borussia Dortmund), Ansu Fati (Barcelona), Phil Foden (Manchester City) dan Callum Hudson-Odoi (Chelsea).

Difahamkan, anugerah Golden Boy 2020 akan diundi oleh laman berita dan stesen TV ternama dari seluruh Eropah untuk memilih 20 senarai akhir dan peminat juga boleh mengundi di www.tuttosport.com bermula sekarang sebagai rujukan panel untuk menilai pemain dengan undian tertinggi.

Portal 433 adalah media digital khas berkaitan bola sepak dan mereka mempunyai lebih 28 juta pengikut di laman Instagram sahaja.

Selain itu, bekas pemain Akademi Mokhtar Dahari (AMD) yang juga pemenang anugerah kasut emas Kejuaraan B-16 AFC 2018 itu turut menganggap pengiktirafan berkenaan adalah berkat daripada doa keluarga, jurulatih dan seluruh rakyat Malaysia.

Mak dan ayah sudah tahu mengenai perkara ini dan sudah tentu mereka bangga tengok anak dia macam ini. Syukur Alhamdulillah, Allah bagi rezeki untuk saya (tersenarai).

“Saya sendiri pun rasa cukup bangga dan sangat gembira. Ia akan menjadi inspirasi untuk saya terus melangkah ke hadapan,” katanya.