mahu raih kedudukan Top 4!

Bekas pemain Felda United FC, Christie Jayaseelan memilih untuk bersama pasukan yang disertai Safee Sali iaitu Petaling Jaya City Football Club (PJ City FC) bagi saingan Liga Malaysia musim depan. 

Menurut laporan Harian Metro, pemain tengah berusia 33 tahun itu meng!kat kontrak bersama skuad kendalian K. Devan selama setahun. 

Kemasukannya ke kelab berpengkalan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) itu turut disertakan dengan misi peribadi untuk membantu pasukan meraih kedudukan 4 teratas dalam saingan bola sepak tempatan.

“Dengan sokongan padu daripada pengurusan kelab, barisan kejurulatihan dan rakan sepasukan, saya harap keputusan lebih baik bakal memihak kepada PJ City musim depan.

“Misi peribadi saya adalah untuk meletakkan PJ City berada dalam kedudukan empat pasukan terbaik dan ia diharap menjadi kenyataan.” kata Christie seperti dipetik daripada Harian Metro. 

Chritie yang juga bekas pemain kebangsaan merupakan antara t0nggak utama skuad The F!ghters kendalian Nidzam Jamil sepanjang musim 2019.

Sering diletakkan di posisi sayap kiri, Christie telah membantu Felda United melalui sebuah misi g3tir pada musim ini dengan meng3lakkan tergel!ncir daripada k4ncah Liga Premier dengan menduduki tangga ke-10 liga. 

Selain itu, dia turut menjadi t0nggak dalam membantu Felda United mara ke saingan separuh akhir Piala FA 2019.