Mahu Cabar Penyer@ng Import, Bukan Safawi Rasid Sahaja

Peny3rang Perak, Shahrel Fikri merupakan satu-satunya penjaring tempatan terbanyak Liga Super setakat ini dengan tiga gol. Namun, beliau tidak melihat pemain JDT, Safawi Rasid sebagai cabaran utamanya musim ini. Sebaliknya, beliau mahu memberi saingan kepada semua peny3rang import di negara ini.

Peny3rang berusia 25 tahun itu menjaringkan tiga gol dalam empat perlawanan, sama banyak dengan Kpah Sherman (Kedah), Ivan Carlos (Pahang) dan Ifedayo Omosuyi (Selangor). Hanya peny3rang import Terengganu FC, Dominique Da Sylva yang menjaringkan empat gol.

Apa yang lebih luar biasa, Shahrel dapat menjaringkan tiga gol meskipun beraksi bersama-sama dengan peny3rang import Perak, Guilherme de Paula.

“Saya memang tak sangka juga sekarang ini saya satu-satunya pemain tempatan yang dalam kelompok penjaring kedua terbanyak bersama pemain import lain, namun masih awal dan saya tidak boleh berasa selesa.

“Kalau ikutkan, persaingan antara pemain tempatan saya melihat Safawi Rasid antara yang boleh memberi cabaran, namun saya juga ingin cuba bagi saingan hebat kepada peny3rang import lain.

“Sekarang dalam pasukan, saya bersama Guilherme De Paula diberi kepercayaan selaku peny3rang utama dan saya akan gunakan peluang sebaik mungkin untuk terus menjaringkan gol dan kekalkan tempat dalam kesebelasan utama.

Pada masa sama, Shahrel tidak sekadar mengejar rekod individu, malah beliau mahu pasukannya meraih mata dengan konsisten dalam liga.

“Kalau kita tengok pencapaian Perak pada setiap musim ada naik turun dan bukan senang untuk konsisten.

“Saya harap permulaan yang baik ini dapat diteruskan dan akan kita terus mengutip mata dalam perlawanan akan datang, walaupun satu mata pun tidak mengapa asalkan jangan kalah.”

Selepas Liga Malaysia ditunda akibat wabak COVID-19, Perak berada di tangga kedua liga bersaing rapat dengan Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan perbezaan dua mata dan kedua-dua pasukan ini masih kekal dengan rekod bersih tanpa kalah dalam empat perlawanan setakat ini.

“Sekarang ini, sebagai pemain, tugas saya adalah kena kekalkan stamina walaupun di rumah sebab kita tidak boleh berlatih di luar dan harap semua pemain tetap bersemangat bagi meneruskan saingan selepas ini,” kata Shahrel.