Mahkamah Timbang Tara Sukan Antarabangsa (CAS) Mengesahkan

Mahkamah Timbang Tara Sukan Antarabangsa (CAS) mengesahkan bahawa mereka sudah menerima borang rayuan daripada Manchester City.

Rayuan tersebut dikemukakan oleh Manchester City bagi mencabar keputusan UEFA sebelum ini – yang menggantung kelab tersebut daripada menyertai Liga Juara Juara Eropah. Ditambah dengan denda sebanyak €30 juta.

Ini selepas Manchester City telah didapati bersalah melakukan kesalahan serius, pelanggaran ke atas peraturan Financial Fairplay.

Manchester City telah memalsukan beberapa dokumen serta menyatakan secara berlebihan jumlah tajaan yang mereka terima dalam penyata kewangan mereka dari tahun 2012 – 2016.

UEFA turut kecewa dengan tindakan Manchester City yang menghalang siasatan semula ke atas kes tersebut. Itu telah menambahkan lagi kesalahan berat yang telah dilakukan oleh Manchester City.

Manchester City dikatakan tidak mahu memberikan kerjasama kepada UEFA kerana mereka percaya hasil siasatan sebelum ini sudah cukup membuktikan bahawa mereka tidak melakukan kesalahan.

UEFA membuka semula siasatan ke atas Manchester City dan PSG selepas desakan daripada ramai pihak berikutan kebocoran dokumen yang diedarkan oleh Der Spiegel ataupun Football Leaks.

Beberapa jam selepas kenyataan hukuman dibuat oleh UEFA, pihak Manchester City terus mengumumkan mereka akan mencabar keputusan tersebut di CAS.

Tambah Manchester City lagi mereka kecewa dengan keputusan siasatan semula UEFA namun Pada masa sama menyatakan mereka tidak terkejut.

Manchester City juga berikrar akan melawan habis habisan kes tersebut bagi membersihkan nama baiknya.

Hal ini kerana menurut Manchester City perkara itu sudah diduga. Keputusan prejudis memang akan berlaku apabila kesemua siasatan serta penilaian dilakukan oleh UEFA dan bukannya badan siasatan bebas.

Manchester City yakin mereka akan menang kes ini. Pep Guardiola sekali lagi menyatakan keyakinan beliau bahawa kelabnya tidak melakukan apa-apa kesalahan dan bersih daripada salah laku doping kewangan.

Sekiranya Manchester City gagal di dalam rayuan mereka, pasukan yang berada di tangga kelima dalam carta Liga Perdana Inggeris boleh melangkah ke pusingan akhir Liga juara-juara Eropah musim hadapan.

Impak kepada Manchester City pula mereka akan kehilangan bonus tajaan yang besar daripada liga juara juara Eropah.

Mereka akan rugi sekurang-kurangnya €130 juta untuk dua musim mereka tidak bertanding di dalam pertandingan tersebut dan juga pertandingan kelas kedua, UEFA Europa League.