Luqman tidak beraksi

PENGENDALI Selangor, B Sathianathan tidak akan mengerah tenaga peny3rang muda sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin pada saingan Cabaran Asia 2020 yang akan membuka tirainya di Stadium Shah Alam esok.

Menurut Sathianathan, walaupun beliau boleh membariskan Luqman dalam skuad utama Selangor selepas peny3rang muda itu menyertai Selangor II yang berfungsi sebagai feeder kelab musim ini, jurulatih berpengalaman berusia 62 tahun itu enggan mengganggu fokus Luqman yang sedang mempersiapkan diri ke Eropah.

Katanya, keced3raan serius dialami tonggak sayap, Nor Hakim Hassan tidak menc3maskannya untuk memanggil Luqman bagi mengisi ketiadaan Nor Hakim.

“Tak (Tidak panggil Luqman). Saya mahu Luqman fokus untuk persiapan dia ke Eropah bersama kelab Belgium nanti pada bulan Mac nanti.

“Malah, saya difahamkan kemungkinan hujung bulan ini dia akan ke Cardiff City untuk membiasakan diri dengan cuaca dan suasana bola sepak Eropah.

“Jadi saya tak adalah sampai terdesak nak guna Luqman untuk Cabaran Asia kerana kita mempunyai ramai lagi pemain yang boleh isi tempat Nor Hakim.

“Apa yang penting, saya nak Luqman beri tumpuan dan ini adalah peluang terbaiknya untuk melebarkan sayap ke Eropah dan harap lebih ramai pemain akan ikut jejaknya,” kata Sathianathan kepada Arena Metro.

Red Giants dijadual beraksi pada Cabaran Asia 2020 yang dianjurkan buat julung kalinya oleh Persatuan Bolasepak Selangor (FAS).

Sebanyak tiga kelab terbaik rantau ini dijemput iaitu Bangkok United FC dari Thailand, Hanoi FC (Vietnam) dan Persib Bandung (Indonesia) selain Selangor selaku tuan rumah.

“Aksi Cabaran Asia adalah pentas terbaik buat pasukan mengenal pasti kelemahan sebelum bermulanya Liga Malaysia bulan depan. Saya mahu pemain buktikan kemampuan masing-masing bagi mencari tempat dalam pasukan,” katanya.