Luqman Tersenarai

Pemain muda sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin, tersenarai dalam Anugerah Golden Boy 2020.

Penyrang berusia 18 tahun itu, yang turut tersenarai sebagai 60 pemain muda terbaik dunia pilihan The Guardian, menyertai senarai 80 pemain yang turut dibarisi nama-nama besar seperti pasangan Borussia Dortmund, Jadon Sancho dan Erling Haaland, Mason Greenwood (Manchester United) dan Ansu Fati (Barcelona).

Luqman Hakim, yang akan menyertai kelab Belgium, K.V. Kortrijk, merupakan salah seorang daripada dua calon Asia selain pemain Jepun yang dipinjamkan kepada Real Mallorca daripada Real Madrid, Takefusa Kubo

Anugerah itu, yang dibawakan oleh akhbar Itali, Tuttosport, menjadi platform untuk wartawan sukan memberikan pengiktirafan tahunan buat pemain berusia bawah 21 tahun yang berpangkalan di Eropah.

Antara yang pernah memenangi anugerah berkenaan ialah Wayne Rooney, Lionel Messi, Paul Pogba, Kylian Mbappe dan yang terbaru, Joao Felix.

Senarai Calon Anugerah Golden Boy 2020