Luqman Terpaksa Akur

Penantian penyrang muda sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin, untuk menyertai kelab Liga Belgium, KV Kortrijk, hampir ke penghujung.

Dia akan menandatangani kesepakatan bersama kelab itu minggu depan.

Bagaimanapun, dia akur seandainya tidak dapat menyertai skuad utama pasukan itu kerana mengakui prestasinya belum berada di tahap terbaik.

Luqman Hakim memerlukan masa untuk mencapai kemvncak prestasi memandangkan sudah hampir setengah tahun tidak menyertai sebarang aksi kompet!tif.

Namun, penjaring gol terbanyak Kejohanan AFC B-16 itu bertekad untuk berusaha lebih ker@s sepanjang berada di perantauan.

“Insya-Allah, saya akan menandatangani kontrak secara rasmi dengan KVK minggu depan,” katanya kepada Nadi Arena.

Luqman Hakim, yang akan menyertai kelab Belgium itu daripada Selangor II, lega apabila memperoleh kesepakatan daripada kesemua pihak mengenai perpindahannya sambil menganggap peluangnya untuk menyertai skuad B-19 negara dalam Kejohanan AFC di Uzbekistan, Oktober depan masih belum tertutup.

Kita perlu berfikir panjang mengenai perkara seperti ini.

Impian saya ketika ini hanya ada dua, saya mahu pergi ke luar negara dan membawa Malaysia ke Piala Dunia (B-19).

Jadi, saya perlu berfikir panjang (untuk membuat keputusan).

Dengan apa yang jurulatih Brad (Maloney) katakan itu, syukur Alhamdulillah.

“Dalam kontrak juga ada katakan tidak kesah kejohanan (antarab@ngsa) peringkat senior atau B-23 dan sebagainya, saya masih boleh balik (mewakili Malaysia),” tambahnya.