Luqman Tak Buat Pusingan U

KUALA LUMPUR: Peny3rang muda sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin menegaskan dia benar-benar mahu meneruskan impian berkelana di bumi Eropah.

Pemain kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu bagaimanapun menjelaskan dia kini sedang menyelesaikan beberapa perkara berkaitan hasratnya untuk bermain di luar negara termasuk urusan dengan Persatuan Bolasepak Selangor (FAS).

Bagi saya, memang betul-betul nak pergi, sekarang ada sedikit urusan nak diselesaikan. Peluang yang ada di depan mata mesti tak nak lepaskan.

Apa saja yang berlaku di sana saya kena hadapi dan cuba bertahan kerana itu memang impian saya untuk bermain di luar negara.

“Kalau boleh saya nak dapatkan banyak pengalaman dan belajar lebih banyak perkara di sana,” katanya kepada BH Sukan, semalam.

Kelmarin, Timbalan Presiden FAS, Datuk Seri Shahril Mokhtar berkata pihaknya menunggu Luqman untuk membuat keputusan bagi masa depannya.

Beliau menjelaskan secara prinsipnya FAS juga bersetuju untuk melepaskan penjaring terbanyak Kejuaraan B-16 Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) 2018 itu menyertai kelab Belgium, KV Kortrijk.

Malah, Luqman berkata FAS tidak menghal@ng untuk dia beraksi di luar negara seperti yang didak wa beberapa pihak sebelum ini.

sumber: BH

“FAS banyak memberi sokongan dan saya sebenarnya sangat bersyukur berada dalam skuad Selangor II. Ada orang di luar sana berkata macam-macam, tapi mereka tak tahu apa yang berlaku.

“Saya juga tak boleh mar@hkan mereka yang memberi apa-apa k0men kerana mungkin mereka tak tahu perkara sebenar. Kalau mereka tahu mungkin mereka pun akan bagi sokongan,” katanya.