Luqman Jadi Punca

KUALA LUMPUR: Setelah sekian lama sendu, Twitter rasmi KV Kortrijk tiba-tiba diser@ng warga maya Malaysia selepas kelab bola sepak Belgium itu mengumumkan kehadiran Luqman Hakim Shamsudin, semalam.

Menerusi laman sosial itu, Kortrijk memuat naik video menarik tentang kemasukan penyrang muda tersebut di samping keterangan ‘selamat datang Luqman’.

“Hakim sertai KV Kortrijk dan menandatangani lima tahun kontrak!” tulis kelab itu menerusi Twitter @kvkofficieel.

Menerusi vide0 yang dimuat naik di laman sosial itu memaparkan seorang penyokong teruja dengan kehadiran Luqman dengan beberapa maklumat berhubung seperti tarikh lahirnya dan dari akademi mana.

Pada penghujung video yang berdurasi 1 minit 38 saat itu, Luqman menzahirkan rasa teruja, bangga dan mengakui tidak sabar untuk mewakili kelab divisyen satu tersebut, sebelum mengucapkan ‘t0t ziens’ (selamat tinggal dalam bahasa Belanda).

Sehingga kini, vide0 tersebut mencatat lebih 170,000 tatapan di samping 9,000 ulang ciap serta 6,900 menyukai.