Luqman dapat perhatian jurulatih negara

Kejayaan peny3rang muda sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin mel3dak gol pertamanya bersama pasukan KV Kortrijk bawah 21 (B-21) dalam saingan Liga Pro B-21 turut mendapat perhatian jurulatih negara, Tan Cheng Hoe.

Dalam aksi di Guldensporen yang juga gelanggang rasmi KV Kortrijk itu, Luqman dan rakan sepasukannya mengikat KVC Westerlo 3-3 dengan pemain kebangsaan itu mel3dak satu gol.

Jelas Cheng Hoe, beliau amat gembira dengan perkembangan Luqman dan berharap prestasi sama dapat diperagakan apabila bersama skuad Harimau Malaya di saingan Piala AFF di Singapura, 5 Disember ini.

“Ia kita harap Luqman akan terus meraih minit permainan dan seterusnya membantu pasukan negara di Piala AFF nanti kerana pengalamannya amat diperlukan.

“Dia seorang pemain muda yang ada potensi dan saya percaya dia akan menjadi sebahagian aset terbaik untuk pasukan negara di masa depan nanti,” katanya kepada Arena Metro.

Luqman, 19, antara 28 pemain yang disenaraikan untuk menghadapi kempen Piala AFF di mana Malaysia diletakkan dalam Kumpulan B bersama Kemboja, Laos, Indonesia dan Vietnam.

Ujar jurulatih negara yang berasal dari Kedah itu, ayam tambatannya itu memiliki disiplin dan cara kerja yang profesional.

“Saya lihat Luqman seorang yang tahu apa yang dia inginkan dalam kariernya. Saya harap dia teruskan sikap positif dan tingkatkan lagi tahap keyakinan dalam permainan.

“Pendedahan demi pendedahan di Belgium akan dapat naikkan lagi keyakinan dia selain mematangkan dirinya untuk jadi pemain terbaik,” katanya.

sumber : BH

Luqman dijangka menyertai skuad negara pada 3 Disember ini di Singapura bersama tiga lagi tonggak yang berpengkalan di luar negara iaitu Dion Cools, Junior Eldstal dan Dominic Tan.