Luqman Dah Ada Pembantu Di Belgium

Pemain kacukan Malaysia-Belgium, Johan Dion Cools menyatakan kesediaan beliau untuk membantu penyrang skuad B-19 tahun negara, Luqman Hakim untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran apabila beraksi di Belgium dalam masa terdekat.

Dion Cools yang memulakan karier bola sepak profesional di Belgium bersama OH Leuven dan Club Brugge turut menasihat Luqman supaya pemain itu tidak mengharapkan sesuatu yang besar kerana beliau perlu menyesuaikan diri serta belajar.

Ambil masa dahulu supaya kamu dapat menyesuaikan diri kerana ini adalah proses pembelajaran baharu dalam suasana dan budaya yang berbeza. Jika mampu bertutur Flemish dan English, ia akan membantu dari segi komunikasi serta penyatuan kamu dengan rakan sepasukan di sana.

“Saya sedia membantu walaupun dari jauh. Keluarga saya dan semua warga Malaysia di sana lebih daripada bersedia untuk membantu sekiranya kamu memerlukan bantuan,” kata Dion

Luqman Hakim Shamsudin kini sah menjadi milik kelab KV Kortrijk selepas beliau menandatangani kontrak bersama kelab itu pada minggu lalu.

Berdasarkan kontrak yang ditandatangani, Luqman Hakim akan beraksi dengan KV Kortrijk selama 5 musim dan dianggarkan bernilai 7 angka (berkemungkinan sekitar RM3 juta) dimana beliau juga turut akan menerima kemudahan tempat tinggal serta pengangkutan ketika berada disana nanti.