Lukas Podolski Ke JDT

Bekas peny3rang skuad kebangsaan Jerman dan juga pemenang Piala Dunia 2014, Lukas Podolski turun ke Johor Bahru dan melawati Stadium Sultan Ibrahim serta fasiliti-fasiliti Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT).

Perkara itu dikongsikan oleh laman sosial, JOHOR Southern Tigers pada hari ini. Kehadiran peny3rang berusia 34 tahun itu dilayani sendiri oleh pemilik kelab, DYAM Tunku Mahkota Ismail ibni Sultan Ibrahim.

Sungguhpun pernah beraksi di beberapa pasukan gergasi eropah seperti Bayern Munich dan Arsenal, peny3rang yang terkenal dengan rembatan deras kaki kirinya itu dilihat kagum dengan aset dan fasiliti-fasiliti yang dimiliki skuad Harimau Selatan.

Selain daripada dibawa melihat stadium baharu, Stadium Sultan Ibrahim, Lukas Podolski turut meninjau pusat latihan terbuka dan tertutup JDT di Padang Seri Gelam.

Lukas Podolski yang kini bermain bersama kelab berpangkalan di saingan J1 League, Vissel Kobe akhirnya ke ibu pejabat JDT yang terletak bersebelahan dengan Stadium Sultan Ibrahim.

Beliau dilihat mengadakan perbincangan bersama Tunku Ismail, Martin Prest (Pengarah Sukan JDT), Alistair Edwards (Pengarah Teknikal JDT) dan juga Kevin Ramalingam (bekas CEO Malaysian Football League).

Pada minggu lalu, Tunku Ismail mengesahkan Lukas Podolski menyatakan minat untuk bermain bersama JDT namun perkara itu tidak dapat direalisasikan dalam masa terdekat memandangkan kuota pemain import telah pun penuh.

sumber: foxsports

Bagaimanapun, Tunku Ismail yang juga Pemangku Raja berkata JDT dan Podolski mungkin boleh mengadakan sebarang bentuk kerjasama yang lain untuk kebaikan kedua-dua pihak.