Live JDT VS EMIRATES CLUB FC 30.01.2020

Perlawanan terakhir dalam perlawanan persahabatan pra musim bagi pasukan jdt 2020. 4 perlawanan kita sudah lalui, satu sahaja keputusan yang tidak memihak kepada jdt. Tidak mengapalah perlawanan pertama mungkin chemistry belum ada lagi diantara pasukan.

Namun baki tiga perlawanan yang seterusnya semuanya kita menang tipis, dan ianya adalah keputusan yang positif buat pasukan jdt. Kalau kalah semua perlawanan sekalipun tidak mengapa sebab ianya adalah perlawanan pemanas badan buat jdt sebelum liga super dan liga acl champions league akan bermula tak lama lagi.

Ada bagusnya untuk perlawanan dengan Emirates Club ini sebab ini barangkali ada pemain dari skuad UAE (aku agak jerla) yang akan beraksi bertemu dengan pasukan malaysia pada bulan tiga nanti. Ada lebih kurang 56 hari lagi untuk pasukan malaysia bertemu dengan pasukan tok arab nih nanti. Sebelum itu kita akan bertemu dengan pasukan Bahrain terlebih dahulu dalam perlawanan persahabatan berkelas A. Harap kita dapat kumpul mata.

Sebagaimana yang kita ketahui pasukan Emirates Club ini tangga ke 13 dalam liga UAE tahun lepas dari 14 pasukan.  Tersingkir dari Liga Arabian Gulf League. So agak tak konsisten pasukan ini. harap boleh makan lagilah team macam ini sebagai kemenangan yang terakhir dalam siri jelajah pasukan arab pra musim 2020.

Recap perlawanan yang lepas :

  • JDT 0-2 RIGA FC 
  • JDT 1-0 DIBBA FC 
  • JDT 2-1 TURKMENISTAN FA
  • JDT 2-1 MSK ZILINA FC 

Kalau kita tengok ada beberapa pemain tidak diturunkan dalam pra musim kali ini .Tak tahu apa perancangan coach kali ini? Liridon pun tak diturunkan. Leandro pun mungkin tidak bermain dalam liga juara-juara afc 2020. Apakah percaturan coach Benjamin Mora kali in?

Bila terlalu ramai pemain, jurulatih pun jadi pening sebenarnya siapa yang dapat bermain untuk pasukan .Selain kalau ada pemain injured, so ada banyak pemain yang boleh ganti. Cuma kadang-kadang jurulatih ada ayam tambatan pemain yang harus beraksi dalam pasukan itulah yang jadi pemain tak tahu bila dia akan diturukan. lagi-lagi  posisi yang sangat penting dalam pasukan. Banyak benda jurulatih nak kena consider.

LINK FB : Liga Super Malaysia

Link : LINK

Semoga dapat mengekalkan kejuaraan Liga super dan beraksi cemerlang di liga juara-juara 2020.